Selasa, 29 September 2009

HADITH : PEREMPUAN DAN MINYAK WANGI


Bismillahirahmannirahim..

Tentang Perempuan dan minyak wangi...

Hadits Pertama :
من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.”

(Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah).


Hadits Kedua :
حبب الي من دنيا آم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة

“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/ wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.”

(Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik).


Hadits Ketiga :
أطيب الطيب المسك

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.”

(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy).

Hadits Keempat :
إذ ا شهدت احد ا آن العشاء فلا تمس طيبا

“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.”

(Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab).

Hadits Kelima :
أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة

“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.”

(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah).

Hadits Keenam :
إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب آماتغسل من الجنابة

“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.”

(Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah).

Hadits Ketujuh :
أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).”

(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah).

Hadits Kelapan :
أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية


“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”

(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

wallahualam.

Ahad, 27 September 2009

RAHSIA DOA YANG MUSTAJAB


Bismillahirahmannirahim..

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

Rahsia Doa yang mustajab

Doa merupakan satu ibadat yang amat dianjurkan dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
“Telah berkata Tuhan kamu agar kamu berdoa kepadaKu, nescaya Aku mengkabulkan doa kamu!”(Al-Ghafir 60)

FirmanNya lagi:
Artinya: “Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan secara sembunyi-sembunyi.” (Al-A’raf 55)

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya` Ulumiddin menyebut sepuluh adab-adab berdoa:

-Hendaklah menunggu waktu yang dimuliakan, seperti hari Arafah, pada bulan Ramadhan, pada hari Jumaat, waktu sepertiga yang terakhir dari malam dan waktu sahur.

-Hendaklah dia memilih keadaan-keadaan yang dimuliakan, seperti dalam keadaan bersujud, dalam pertempuran di medan perang, turunnya hujan, dalam keadaan hendak mendirikan solat dan sesudahnya.
-Hendaklah dia menghadap kiblat, menggangkat kedua belah tangan lalu menyapukannya pula pada wajah setelah selesai berdoa

-Hendaklah dia memperimbangkan suara di antara perlahan dan nyaring.

-Hendaklah dia tidak memaksa bersajak dalam berdoa. Memilih doa-doa yang dilafazkan oleh Rasulallah SAW.

-Hendaklah dia merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut.

-Meminta dengan penuh hati dan yakin akan dimustajabkan oleh Allah.

-Hendaklah dia serius dalam doanya serta mengulanginya sampai tiga kali, jangan pula merasa terlalu lama mendapat pengabulannya.

-Hendaklah dia membuka doanya dengan menyebut nama Allah Ta`ala. Kata Imam Nawawi; Demikian juga hendaklah dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

-Bertaubat dan mengembalikan barang yang dizalimi serta kembali kepada Allah S.W.T.

Rabu, 16 September 2009

AIDILFITRI MESRA

Aidifitri Mesra

Datanglah lagi ujian – kita semakin didewasakan.

Wirid terdengar nyaring walau dalam kesenyapan.

Kita hayati hikmah antara tasbih dan solat malam,

berdamai atas sejadah, kusyuk taat depan al-Quran;

nafas kita semakin wangi oleh ranum pembacaan.

Dalam kerlip serba indah kita sambut Ramadhan mulia;

segala rindu di qalbu menghangat kasih ke Rasulullah.

Dalam lenggang waktu begitu mesra, di tengah ummah,

kita menghimpun pujian sekhusyuk Baginda,

lebih-lebih lagi – dalam jujur dan takwa – kepada Allah.

Setahun lagi – kini kita diranumi puasa,

Aidilfitri datang bakal memahkotakan ibadah kita.

A. Samad Said

16-30 September 2003