Khamis, 25 Februari 2010

BAGAIMANA MENGHINDARI GODAAN SYAITAN

Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan

Seorang daripada para solihin berkata;
"Saya telah merenung dan memikirkan dari manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui 10 pintu"

Pertama:
Tamak dan Buruk Sangka.
Hadapilah ia dengan menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua:
Cinta akan Dunia dan Panjang Angan-Angan.
Hadapilah ia dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang datang pada saban waktu.

Ketiga:
Suka Bermalas-Malas dan Kemewahan.
Hadapilah ia dengan yakin bahawa kenikmatan akan hilang dan balasan buruk yang akan menimpa.

Keempat:
Kagum dengan Diri Sendiri ('Ujub).
Hadapilah ia dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan takut akibat yang buruk.

Kelima:
Memandang Rendah Orang Lain dan Tidak Menghormati Mereka.
Hadapilah ia dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam:
Hasad (Dengki).
Hadapilah ia dengan sifat berasa cukup (Qana'ah) dan redha terhadap kurniaan Allah kepada makhluk-Nya.

Ketujuh:
Riya' dan Suka Pujian.
Hadapilah ia dengan Ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kelapan:
Bakhil (Kedekut).
Hadapilah ia dengan menyedari bahawa apa yang ada akan binasa dan yang kekal itu berada di sisi Allah.

Kesembilan:
Takabbur (Membesarkan Diri).
Hadapilah ia dengan Tawadhuk.

Kesepuluh:
Tamak-Haloba.
Hadapilah ia dengan yakin dengan ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang dimiliki manusia.