Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan
Seorang daripada para solihin berkata;"Saya telah merenung dan memikirkan dari manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui 10 pintu"
Pertama:
Tamak dan Buruk Sangka.
Hadapilah ia dengan menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.
Kedua:
Cinta akan Dunia dan Panjang Angan-Angan.
Hadapilah ia dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang datang pada saban waktu.
Ketiga:
Suka Bermalas-Malas dan Kemewahan.
Hadapilah ia dengan yakin bahawa kenikmatan akan hilang dan balasan buruk yang akan menimpa.
Keempat:
Kagum dengan Diri Sendiri ('Ujub).
Hadapilah ia dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan takut akibat yang buruk.
Kelima:
Memandang Rendah Orang Lain dan Tidak Menghormati Mereka.
Hadapilah ia dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
Keenam:
Hasad (Dengki).
Hadapilah ia dengan sifat berasa cukup (Qana'ah) dan redha terhadap kurniaan Allah kepada makhluk-Nya.
Ketujuh:
Riya' dan Suka Pujian.
Hadapilah ia dengan Ikhlas semata-mata kerana Allah.
Kelapan:
Bakhil (Kedekut).
Hadapilah ia dengan menyedari bahawa apa yang ada akan binasa dan yang kekal itu berada di sisi Allah.
Kesembilan:
Takabbur (Membesarkan Diri).
Hadapilah ia dengan Tawadhuk.
Kesepuluh:
Tamak-Haloba.
Hadapilah ia dengan yakin dengan ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang dimiliki manusia.
salam... akak.. mohon kopi ilmu ni ke blog saya... yer :-) syukrann...
BalasPadam