Selasa, 12 Januari 2010

DOA-DOA ANGGOTA WUDUK

DOA-DOA ANGGOTA WUDHUK..MENSUCIKAN ZAHIR DAN BATIN..SELAMAT BERAMAL

Sesungguhnya dalam berwudhu', seharusnya kita bukan sahaja berniat untuk mensucikan zahir (lahiriah) tubuh kita, tapi juga batin kita. jadi Bagaimana caranya?
berikut adalah doa-doa yang boleh kita baca dalam setiap gerakan bersuci anggota wudhu kita. Dengan membaca doa-doa ini, kita akan lebih khusyuk dalam berwudhu, sehingga hati kita tidak dikotori oleh hal-hal lain. Insya Allah, dengan cara ini, batin kita pun akan menjadi bersih ketika kita berwudhu.antara doa-doanya ialah:

Ketika membasuh dua tapak tangan, ucapkan seperti ini:
Ya Allah, peliharakanlah tanganku dari segala berbuat maksiat kepada-Mu.

Saat berkumur-kumur, ucapkan:
Ya Allah, tolonglah aku, supaya aku tetap berzikir mengingat Engkau dan bersyukur.

Saat membersihkan air ke hidung, ucapkan:
Ya Allah, ciumkanlah oleh-Mu untukku akan wangi-wangian syurga.

Saat membasuh muka, ucapkan:
Ya Allah, putihkanlah wajahku pada hari diputihkannya wajah manusia dan dihitamkan wajah setengahnya.

Dikala membasuh tangan kanan, ucapkan:
Ya Tuhan, berikanlah (kelak) suratan amalku pada tangan kananku, dan beri hisablah ia dengan penghisaban yang sedikit.

Dikala membasuh tangan kiri, ucapkan:
Ya Allah, janganlah Engkau berikan suratan amalku pada tangan kiriku dan jangan dari belakangku.

Dikala membasuh kepala, ucapkan:
Ya Allah, jauhkanlah rambut dan kulit badanku dari api neraka.

Tatkala menyapu dua telinga, ucapkan:
Ya Allah, jadikanlah aku seperti mereka yang mendengar kata-kata yang baik, dan mengikuti akan mereka yang sebaik-baiknya.

Tatkala membasuh kedua kaki, ucapkan:
Ya Allah, tetapkanlah kiranya kedua kakiku di atas titian pada hari yang banyak tergelincir kaki manusia.
SELAMAT BERAMAL!!

3 ulasan:

  1. Salam Kak LEHA. Terimakasih berpesan-pesan.

    BalasPadam
  2. Salam ziarah, hanya berkongsi.. petikan dari buku Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin.

    "Adapun berkenaan doa2 tertentu semasa wuduk, seperti doa semasa membasuh muka, tangan dan sebagainya, hakikatnya, lafaz doa2 ini tidaklah mempunyai sandaran dalil daripada Nabi s.a.w., hanya terdapat 2 doa yang diriwayatkan."

    "Doa2 lain yang disebut dalam kitab2 Imam al-Ghazali terutamanya, sebenarnya bukanlah merupakan tatacara wuduk yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Oleh itu tidak harus untuk menganggap bahawa wuduk tidak sempurna tanpanya. Namun barangsiapa yang ingin melakukannya ia tidaklah merosakkan wuduk."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, saya ada membaca mengenainya di dalam buku Formula Solat Sempurna dan ianya amat memberikan ilmu. Wallahu'alam.

      Padam