Isnin, 21 Mac 2011

~~~JEMU SEJENIS PENYAKIT ROHANI~~~



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Jemu adalah sejenis penyakit rohani, 
tapi orang tidak anggap penyakit
Jemu ertinya hati atau jiwa sudah sangat benci,
selera sudah tertutup tentang sesuatu
Nafsu sudah tidak mendorong ke arah itu
Jemu itu tentulah menimpa berbagai-bagai perkara
Adakalanya di sudut makan minum sahaja
Adakalanya di sudut ilmu
Adakalanya jemu dengan isteri sendiri ini bahaya sekali

Biasanya berlaku jemu bertemu dengan seseorang
yang memang dia sungguh kenal dan tahu
Tidak kurang juga jemu di sudut suatu kerja
Berlaku juga berkawan yang sudah lama bersama
Boleh jadi juga jemu dengan mesyuarat yang 
pernah selalu dia ikut sama
Boleh juga berlaku seseorang yang berjuang
lalu jemu hendak meneruskan perjuangannya
Boleh berlaku juga jemu dengan hobi yang 
selama ini menjadi kesukaannya
Tidak kurang juga jemu hendak pulang 
ke rumah kerana sesuatu
Jadi jemu boleh berlaku berbagai-bagai 
perkara pada seseorang manusia
Bila berlaku jemu tertutup pintu hati,
nafsu terkunci untuk melakukannya kecuali terpaksa
Kalaulah terpaksa juga membuatnya 
aduh sungguh terseksa jiwa dan menderita

Jika membuat perkara yang jemu berlama-lama dari muda,
umur masih muda cepat jadi tua
Apabila berlaku jemu hendak memulihkan 
semula amat payahnya
Lebih-lebih lagi kalau ia ada hubungan dengan kerja
Jemu dengan makanan minuman mungkin 
kerana ia bukan makanan dan minuman asas
tapi terpaksa dimakan dan diminum
Kalau makanan asas seperti nasi ia tidak mungkin jemu
Jemu dengan ilmu mungkin belajar sudah terlalu lama
Atau ada matapelajaran yang susah dan 
bukan pula diminati boleh jemu juga

Berjuang juga boleh jemu
Mungkin jemu itu sudah begitu lama berjuang 
tidak menang-menang dan berjaya
Atau berjuang boleh jemu kerana ujiannya 
terlalu berat dan mencabar boleh jemu juga
Kerja juga boleh jemu kerana terlalu lama dan 
kerana terpaksa untuk hidup
Boleh jemu kerana suasana tempat kerja sama 
ada kerana suasana atau orang-orangnya
tidak membantu memberi gembira jiwa derita
Atau bos tempat kerja pemarah dan pemberang sahaja
Kasih sayang langsung tidak ada, jemu pun tiba
Ada juga orang jemu pulang ke rumah kerana s
uasana kasih sayang tidak ada
Pulang itu hanya terpaksa jiwa derita
Seperti ibu bapa yang pemarah, tidak ada 
kasih sayang asyik berleter sahaja
Atau mendapat isteri atau suami buat serba tidak kena
Mudah marah-marah sahaja
Boleh jadi juga dahulu isteri terasa cantik
sekarang dirasakan tidak cantik dan menarik
Di luar ramai perempuan yang nampak cantik
Sudah ada yang menggoda dan tergoda
Lihat isteri yang di rumah benci sahaja

Bahkan setengah orang benci dengan masjid
Bukan kerana malas beribadah
Tapi masjid sudah tidak ada ukhwah
Di dalam masjid tidak ada suasana ibadah
Orang ke masjid ibadah ala kadar, 
cakap-cakap dunia yang meriah
Bahkan di masjidlah tempat mengata dan mengumpat
Beribadah lebih sedikit ada orang tidak senang
Orang melihat lain macam sahaja.............

Wallahu a'lamu bi al-shawab......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan