Dosa ialah balasan buruk yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Masalah dosa ini dianggap perkara biasa dan menjadi perkara yang tidak bersalah disebabkan perkara yang dilarang oleh Islam menjadi adat dan budaya kehidupan masyarakat sekarang seperti pergaulan bebas, tidak solat, tidak puasa dan sebagainya. Ada sebahagian masyarakat kita yang berani melanggar undang-undang Allah dengan tidak ada perasaan gentar dan takut akan kesalahan yang dilakukan, tetapi apabila ia melanggar undang-undang dunia dia merasa takut sehingga tidak tidur malamnya kerana mengenangkan kesalahan dunianya. Para alim ulamak dahulu sehingga bengkak matanya menangis mengenangkan kesalahan dosanya kepada Allah, mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha kerana takut akan siksaan Allah yang sangat pedih.
Cuba kita renung manakah siksaan yang sangat pedih diantara siksaan dunia dan akhirat? Cuba kita duduk seketika merenungkan perbezaan siksaan Allah dan siksaan manusia yang manakah lebih teruk dan pedih. Bagi orang yang mempunyai ketaqwaan akan mengatakan bahawa siksaan Allah sangat pedih walaupun ia tidak pernah melihat siksaan Allah tetapi berbekalkan keyakinan apa yang diceritakan dalam Al-Quran. Manakala bagi orang yang munafik dan tidak beriman kepada Allah akan berjawapan bahawa siksaan dunia sangat pedih kerana takutkan mati ditali gantung, takutkan penjara yang tidak bebas, takutkan saman dari pihak berkuasa dan sebagainya, tetapi ia lupa kepada siksaan dan undang-undang Allah lebih dahsyat dari itu.
Marilah kita renung seketika berapa banyak dosa yang telah kita lakukan pada hari ini dan hari-hari yang lepas, adakah kita telah memohon ampun dari Allah dengan sebenar taubat. Jika tidak memohon ampun lagi maka cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah, segera memohon ampun dan bertaubat kepada Allah, mudah-mudahan segala dosa yang telah kita lakukan diampunkan Allah. Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha penyayang.

Faktor-faktor Yang Mendorong Manusia Melakukan Dosa seperti seseorang itu terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat, ingin hidup bebas tanpa batasan agama, sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat.
Jenis-Jenis Dosa
Jenis-Jenis Dosa
- Dosa besar iaitu kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat. Contoh minum arak, berzina, membunuh, mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa. Orang yang melakukan dosa besar akan dikenakan hukuman kisas, hudud, takziz dan menerima seksa neraka jika tidak bertaubat
- Dosa kecil iaitu kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat. Contohnya melihat aurat bukan muhram,Bercakap perkara yang tidak memberi faedah dan banyak lagi. Bagi orang yang melakukan dosa kecil akan memperolehi dosa dan jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar
Contoh-contoh Dosa Besar
- Menghina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa
- Menipu dan berbohong
- Mencuri dan merompak
- Riba
- Makan harta anak yatim
- Lari dari medan perang
- Mengumpat dan memfitnah
- Minum arak dan menagih dadah
- Zina
- Menuduh perempuan baik melakukan zina
- Liwat dan musahaqah
- Membunuh atau membunuh diri
manusia tak terlepa dari dosa..semuga dosa2 diampun kan oleh Nya..dilimpah kan rezeki dan dikurniakan kesihatan :)
BalasPadam