Isnin, 10 Mei 2010

TANDA-TANDA ANDA BERMASALAH


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

  • Bibir pucat - Sistem penghadaman yang lemah, Perut mengandungi angin, Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sendi

  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

  • KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA. Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
  • BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
  • MULUT/KERONGKONG/LIDAH
    LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
    MUNTAH DARAH - Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan, Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
  • LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  • KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
  • KENCING
    KERAP KENCING: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
    AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
    AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
    AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
    AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
  • BUANG AIR BESAR
    CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
    SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
    NAJIS BERDARAH - Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
    NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
  • BADAN
    RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    - Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    - Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
    - Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

  • RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
  • CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
  • RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
  • RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
  • SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Khamis, 15 April 2010

13 AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakandengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah AnNur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlahkepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya
-
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu apa lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya, dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada mereka..suami- suami? tidak cintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat di akhirat..Na' uzubillahhimin zaliq..bersama- samalah kita berpesan untuk kebaikan
bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang beriman..

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.

Wallahualam. .

Rabu, 3 Mac 2010

MEE UDANG

Resepi (Mee) Mi Udang

16 Rabiulawal 1431H
Email : mohd naim mohd zain

Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang.

Khamis, 25 Februari 2010

BAGAIMANA MENGHINDARI GODAAN SYAITAN

Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan

Seorang daripada para solihin berkata;
"Saya telah merenung dan memikirkan dari manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui 10 pintu"

Pertama:
Tamak dan Buruk Sangka.
Hadapilah ia dengan menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua:
Cinta akan Dunia dan Panjang Angan-Angan.
Hadapilah ia dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang datang pada saban waktu.

Ketiga:
Suka Bermalas-Malas dan Kemewahan.
Hadapilah ia dengan yakin bahawa kenikmatan akan hilang dan balasan buruk yang akan menimpa.

Keempat:
Kagum dengan Diri Sendiri ('Ujub).
Hadapilah ia dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan takut akibat yang buruk.

Kelima:
Memandang Rendah Orang Lain dan Tidak Menghormati Mereka.
Hadapilah ia dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam:
Hasad (Dengki).
Hadapilah ia dengan sifat berasa cukup (Qana'ah) dan redha terhadap kurniaan Allah kepada makhluk-Nya.

Ketujuh:
Riya' dan Suka Pujian.
Hadapilah ia dengan Ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kelapan:
Bakhil (Kedekut).
Hadapilah ia dengan menyedari bahawa apa yang ada akan binasa dan yang kekal itu berada di sisi Allah.

Kesembilan:
Takabbur (Membesarkan Diri).
Hadapilah ia dengan Tawadhuk.

Kesepuluh:
Tamak-Haloba.
Hadapilah ia dengan yakin dengan ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang dimiliki manusia.

Rabu, 24 Februari 2010

Resepi Sos Yong Tau Foo


10 Rabiul Awwal 1431H
Email : mohd yusri selamat
resipi online


Sos Hitam
Bahan-bahan:
200 g taucu hitam (dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Masukkan air, kacau seketika & biarkan mendidih
3. Masukkan kicap dan kacau
4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.

Sos Pedas
Bahan-bahan:
20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
garam, gula & cuka secukup rasa
2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

Sup Yong Tau Foo
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kiub ayam
Bebola/fishcake (bahan-bahan yong tau foo)
Garam & gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Didihkan air.
2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.
3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul.
4. Keluarkan bebola/fishcake.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.

Isnin, 22 Februari 2010

PEMUDA EPAL...


Pemuda Epal
Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh. Suatu hari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dia terasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yang sedang terapung dibawa arus sungai. Kerana kelaparan, dia mengambil epal tersebut lalu memakannya. Dia berasa amat kesal dan takut kepada Allah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknya itu tanpa izin.

Tiba-tiba terdetik di hatinya, "Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya."

Demi mencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menelusuri sungai dengan harapan akan menemui kebun epal. Memang benar telahannya. Terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai. Si pemuda bertemu dengan tuan kebun untuk meminta maaf dan minta dihalalkan buah yang telah dimakannya tanpa izin tersebut. Tuan kebun sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas mengujinya dengan meminta pemuda tersebut bekerja di kebun epal tersebut selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah dimakannya. Walaupun berat untuk menunaikannya namun kerana kewarakannya dia tetap menerima syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan iaitu pemuda tersebut dikehendaki berkahwin dengan anak perempuannya yang dikhabarkan adalah buta, pekak, bisu dan cacat anggota badan. Walaupun syarat itu sangat berat namun dia tetap bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahun yang lalu dihalalkan.

Tibalah saat yang dinanti-nanti, usai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberi salam. Namun dia terkejut kerana salamnya dijawab. Ini menunjukkan bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Malah apabila bersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota badan malah sempurna sifat dan baik rupa parasnya. Si pemuda lari keluar kerana menyangka dia telah tersalah bilik.

Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang mebawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat.

Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara' dengan isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya. Iaitulah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.
Wallahu A'lam.


Pengajaran:
  1. Secara syaraknya pun, buah epal yang jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan air apa salahnya dimakan. Tetapi kerana pemuda itu amat wara' maka dia berasa bersalah lalu mencari tuan epal tersebut bagi meminta maaf.
  2. Seorang yang soleh pasti akan mendapat pasangan yang solehah. Oleh itu berusahalah terlebih dulu untuk menjadi soleh. Yang solehah pasti akan dapat secara automatik.
  3. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, peliharalah maruah nya, agama nya.. Jangan jadi kebanyakan ibu bapa di zaman sekarang. Disebabkan terlalu sportingnya, maka banyaklah terjadi kes-kes zina, buang bayi, kes bonceng motor, coupling dan sebagainya.
  4. sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan iman kita kepada ALLAH dan sentiasa memandang berat akan tiap2 kesalahan yang telah dilakukan dan berusaha untuk menebus kembali kesalahan itu semata2 untuk keredhaan ALLAH

WALLAHUA'LAM
WSALAM

Khamis, 18 Februari 2010

ASMA’ BINTU YAZID BIN AS-SAKAN AL-ANSHARIYAH R.A


ASMA’ BINTU YAZID BIN AS-SAKAN AL-ANSHARIYAH R.A

Sirah istimewa ini adalah milik salah seorang wanita suci dan menjadi contoh ideal dalam iman, ilmu dan kesabarannya. Beliau memeluk Islam bersama para wanita yang terdahulu beriman kepada Allah dan RasulNya, dari kalangan Anshar melalui sentuhan dakwah Mushab bin Umair, bermula di perkampungan Anshar yang paling baik, Bani Abdul Ashal, iaitu perkampungan seorang sahabat, Saad bin Muadz Radiallahu Anhu yang keislamannya menjadi barakah bagi kaumnya. Diriwayatkan bahawa pada petang hari beliau memeluk Islam, tiada seorang lelaki atau wanita pun di tengah-tengah Bani Abdul Ashyal melainkan telah menjadi muslim dan muslimat.

Ibnu Hajar memperkenalkan sahabiyyah ini dengan ungkapan yang baik dengan berkata,” Dialah Asma’ bintu Yazid bin As-Sakan bin Rafi’ bin Imru’ul-Qais Al-Anshariyyah Al-Ausiyah. Beliau biasa dikenali dengan sebutan Ummu Salamah dan terkadang Ummu Amir, termasuk wanita yang berbaiat dan mujahidah, yang hidup pada permulaan Islam di Madinah, beroleh keuntungan menjadi sahabat Rasulullah SAW dan memperolehi keredhaan Allah dan RasulNya.”

Asma’ bintu Yazid Radiallahu anha termasuk di antara wanita yang terawal menerima Islam di kalangan kaum Ansar. Amr bin Qatadah Radiallahu anhu berkata, “Wanita yang pertama kali berbaiat kepada Rasulullah ialah Ummu Saad bin Muadz, Kabsyah bintu Rafi’, Ummu Amir bintu Yazid bin As-Sakan dan Hawa’ bintu Yazid bin As-Sakan” (Ad-Durrul-Manstur, 8/143; Ath-Thabaqat, 8/12).

Sahabiyyah ini memiliki keutamaan dari segi ketajaman akal, agama yang teguh, keberanian, ketegaran, kesabaran dan termasuk di antara wanita yang meriwayatkan hadith Nabawi yang mulia.

KELEBIHAN-KELEBIHAN ASMA’ BINTU YAZID

Sahabiyyah yang mulia ini memperolehi kesaksian kefasihan dari para sahabat. Beliau dikenali sebagai wanita yang memiliki kehebatan hujjah dan daya pikat di dalam ucapan-ucapan beliau. Kelebihan ini ditambah lagi dengan keilmuannya terhadap isi kandungan Al-Quranul Karim dan hadith Nabawi. Atas sebab itulah, beliau memperolehi gelaran istimewa di kalangan para wanita kaum Ansar sebagai Khatibatun- Nisa’ (jurubicara kaum wanita). Beliaulah yang menjadi utusan para wanita untuk menemui Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Beliau juga berbaiat kepada Baginda, mendengar sendiri hadith nabawi dan menyampaikan ilmu-ilmu yang diperolehinya dari Rasulullah melalui ucapan-ucapannya yang berkesan kerana kecerdasannya, keelokan bahasa dan susunan kata-katanya. Para penulis biografi serikandi ini meriwayatkan ucapan-ucapan Asma’ yang mengagumkan, menyentuh perasaan, memukau dan mencetuskan kesedaran kepada orang-orang yang mendengarnya.

Asma’ juga dikenali sebagai salah seorang sahabiyah yang paling mendalam ilmu dan agamanya. Hal ini diakui oleh Ibnu Abdil-Barr Rahimahullah yang menyebutkan, “Dia (Asma’) termasuk wanita yang paling cerdas akalnya dan kuat agamanya” (Al-Isti’ab, 4/233). Dua kelebihan ini, akal dan agama, menjadikan beliau termasuk wanita yang bijaksana di madrasah nubuwwah serta menjadi rujukan di kalangan wanita Ansar. Beliau terkenal sebagai seorang murid yang sentiasa bersungguh-sungguh mendapatkan penjelasan hukum-hukum dalam urusan agama, sehinggakan beliau tidak pernah merasa malu untuk bertanya soalan kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Salah satu pertanyaan Asma ini diriwayatkan oleh Al-Akhthib Al-Baghdady Rahimahullah, yang menceritakan, “Asma’ bintu Yazid bertanya kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam cara untuk mandi junub selesai haid. Maka baginda menjawab, ‘Hendaklah engkau mengambil daum sidrah yang direndam air, lalu engkau membasuh kepala dan engkau dapat menggosoknya dengan gosokan yang keras sehingga air mengenai seluruh bahagian dari kepala sehingga ke seluruh badan. Kemudian, hendaklah engkau mengambil cebisan kain yang diberi minyak wangi, lalu engkau bersuci dengannya’. Asma’ kemudian bertanya lagi, ‘Bagaimana caraku bersuci dengannya?’. Rasulullah SAW kemudian bersabda, ‘SubhanaLlah! Yang penting engkau bersuci’. Aisyah Radiallahu anha member isyarat kepada Asma’ yang bermaksud ‘ertinya engkau harus mencari bekas-bekas darah’ (Al-Asma’ Al-Mubhamah fil-Anba’ Al-Muhkamah, hal. 68)

Di atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh Asma’ ini, Ummul Mukminin Aisyah Radiallahu anha memberikan pujian kepada para wanita Ansar, dengan berkata, “Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, yang tidak terhalang oleh rasa malu untuk menanyakan masalah agama dan memahaminya”

ASMA’ DAN HUKUM AL-QURAN

Sahabiyah yang mulia ini memiliki sejarah yang tersendiri yang diselitkan di dalam isi Al-Quran. Abu Daud, Ibnu Hatim dan Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam sunannya dari Asma’ bintu Yazid dengan berkata,”Aku ditalak pada zaman Rasulullah SAW, yang pada ketika itu belum ada lagi ketetapan iddah bagi wanita yang ditalak. Maka, ketika itulah Allah menurunkan ayat iddah kerana talak, ‘Dan wanita-wanita yang ditalak hendaklah menunggu hingga tiga kalu quru’ (Al-Baqarah:228). Inilah merupakan ayat pertama yang turun tentang iddah bagi wanita yang ditalak” (Tahdzibut-Tahdzib, 12/339; Siyar Alamin Nubala, 2/297; Alamun Nisa’)

Ini merupakan kemuliaan yang diberikan oleh Allah Subhanah wa taala kepada wanita secara umum, dan bagi Asma’ secara khusus.

ASMA’ DAN HADIS NABAWI

Di antara kelebihan utama Asma’ bintu Yazid ialah hafalan dan pemahamannya tentang hadis-hadis Nabawi serta periwayatannya. Beliau meriwayatkan 81 hadis dari Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, yang diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah. Adapun yang meriwayatkan darinya ialah maulanya Muhaji bin Abu Muslim, Ayahr bin Hausyab, anak saudaranya, Mahmud bin Amr Al-Anshary dan lain-lain.

Ini menjadikan Asma’ sebagai antara wanita muslimah yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, setelah Aisyah dan Ummu Salamah radiallahu anhuma.

ASMA’ DAN PERJALANAN JIHADNYA

Keluarga As-Sakan memiliki sejarah gemilang sebagai kelompok syuhada’ yang menorehkan tinta emas di medan Uhud. Ayah Asma’ adalah Yazid bin As-Sakan Al-Anshary, yang gugur syahid bersama anaknya, Amir bin Yazid. Bapa saudara Asma’, Ziyad bin As-Sakan Al-Anshary, adalah salah seorang pahlawan penunggang kuda yang menjual dirinya bagi Allah dan RasulNya sehingga beliau turut sama gugur di dalam Perang Uhud.

Asma’ bintu Yazid sendiri pernah bergabung bersama pasukan kaum Muslimin semasa Perang Khandaq di mana beliau berperanan mengirimkan makanan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Beliau juga pergi bersama ke Hudaibiyah dan terlibat di dalam Baiat Ar-Ridhwan, selain turut serta di dalam Perang Khaibar.

Pada tahun ke-13 Hijrah, Asma’ berperanan besar di dalam Perang Yarmuk dengan menyediakan logistik bagi pasukan tentera muslimin, memberikan minuman kepada para parajurit yang kehausan dan mengubati tentera yang terluka. Ibnu Katsir menyebutkan peranan para wanita di dalam perang tersebut, dengan berkata, “ Para wanita muslimah pada hari itu telah berjaya membunuh sejumlah musuh dari kalangan tentera Rom. Mereka juga memukul dengan kayu dan membaling batu kepada para tentera kaum muslimin yang berniat untuk lari dari medan perang. (Al-Bidayah wa Nihayah, 7/13; Tarikh Ath-Thabary 2/335)

Salah seorang dari pahlawan wanita yang terjun ke medan tempur ketika itu ialah Asma’ Radiallahu anha. Beliau Berjaya membunuh sembilan orang tentera musuh dengan menggunakan tiang penyanggah khemah. (Al-Ishabah, 4/229; Majma’ Az-Azzawaid, 9/260; Syiar Alamin Nubala’, 2/297)

UCAPAN KHATIBATUN NISA’ DAN HIKMAHNYA KEPADA PARA MUSLIMAT HARI INI

Salah satu ucapan Asma’ bintu Yazid yang paling utama terkandung di dalam pertemuan beliau dengan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ketika Baginda sedang bersama dengan beberapa orang sahabat,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah utusan bagi seluruh wanita muslimah di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dengan pendapatku. Sesungguhnya Allah Taala mengutusmu bagi seluruh lelaki dan wanita, kemudian kami beriman kepadamu dan membai`atmu. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami menjadi penjaga rumah tangga kaum lelaki, dan kami adalah tempat memenuhi syahwat mereka, kamilah yang mengandung anak-anak mereka, akan tetapi kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dengan solat jumaat, menghantar jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar untuk berjihad kamilah yang menjaga harta mereka, yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana yang mereka dapat dengan amalan mereka?”

Mendengarkan pertanyaan tersebut, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menoleh kepada para sahabat dan bersabda : “Pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang Deen yang lebih baik dari apa yang dia tanyakan?”. Para sahabat menjawab,“Benar, kami belum pernah mendengarnya ya Rasulullah!.”Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kembalilah wahai Asma` dan beritahukanlah kepada para wanita yang berada di belakangmu bahawa perlakuan baik salah seorang diantara mereka kepada suaminya, dan meminta keredhaan suaminya, mengikuti (patuh terhadap) apa yang disuruhnya (selagi tidak melanggar syara’), itu semua setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum lelaki”. Maka kembalilah Asma` sambil bertahlil dan bertakbir kerana gembira dengan apa disabdakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Sesungguhnya, ada pengajaran besar dari protes Asma’ bintu Yazid dan kaum muslimah ketika itu. Ternyata, apa yang diproteskan oleh mereka, bukanlah untuk mendapatkan kalung 24 karat seberat 2 kg. Bukan untuk mendapatkan posisi sebagai pemerintah tertinggi di dalam daulah ketika itu. Bukan untuk meminta mereka untuk keluar bekerja dan mengambil posisi sebagai ketua keluarga. Bukan untuk meletakkan hukum-hakam Islam di kandang pesalah dengan tuduhan meremehkan dan menghinakan perempuan. Sebaliknya, yang mereka tanyakan sebenarnya semata-mata adalah persamaan untuk mendapatkan pahala, meraih posisi muttaqin dan menjalankan syariat Sangat hebat bukan?! Cuba bandingkan pula dengan apa yang diperjuangkan oleh para pejuang feminisme yang kononnya lebih peka dan arif tentang masalah-masalah wanita di dalam Islam. Ibarat langit dengan bumi!

Semoga Allah Subhanah wa taala meredhai Asma’ bintu Yazid yang cerdas, perawi hadis, mujahidah mukminah yang solehah dan mulia. Semoga Allah mengurniakan rahmat kebijaksanaan dan keikhlasan yang tinggi kepada para du’at agar dengan itu mampu mencontohi perjuangan generasi muslimah terdahulu.

Wallahu ‘alam.